11/19/2016

Top karangan BM (kebaikan bersukan dan beriadah

Tajuk:kebaikan bersukan dan beriadah. 

      Kehidupan yang berkualiti boleh diertikan dengan pelbagai cara dan kaedah, antaranya memiliki kebahagiaan, kesenangan dan tidak kurang pentingnya elemen kesihatan. Bersukan juga mendapat sambutan yang hangat daripada semua lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja dan belia. Bukan itu sahaja, menurut kamus Dewan Edisi Ketiga sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan dan sering dilakukan secara hiburan terutama pada masa sengang. 

      Bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang, iaitu apabila seseorang bersukan pasti peluhnya akan keluar dan selepas peluh keluar dari badan ,kita akan berasa lebih cergas. Semua bahan buangan seperti air dan kandungan garam yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan .selain itu toksin yang juga berbahaya akan dikeluarkan dari tubuh badan kita. Bagi murid-murid yang aktif dalam aktiviti sukan juga mampu menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah cepat dan merangsang organ hati menyalurkan darah yang banyak ke setiap anggota badan. Individu yang mempunyai bekalan darah yang banyak juga memiliki bekalan oksigen yang mencukupi dan dapat mrningkatkan daya tumpuan. 

         Kebanyakan orang menjadikan aktiviti bersukan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yg berfaedah. Cuba bandingkan murid yang sering belajar di rumah dan murid yang  belajar dan bersukan tiga hari seminggu. Murid manakah yg akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan? Sdh tentu murid yg belajar sambil bersukan, oleh hal yang demikian, kita perlu sentiasa bersukan untuk mencegah daripada sebarang penyakit. 

Integrasi kaum dapat dipupuk melalui aktiviti sukan kerana individu dapat menambah kenalan apabila berkomunikasi dan melakukan aktiviti sukan bersama- sama. Bagi sesetengah individu yang mengalami tekanan bersukan mampu mengurangkan stres dan merehatkan minda seseorang kerana badan akan berpeluh dan mengeluarkan sejenis hormon endokrin, apabila sering bersukan hormon endokrin akan seimbang dan dapat mengelak daripada stres, seterusnya daya ingatan kita akan meningkat .sebaliknya, apabila kita jarang-jarang bersukan ,hormon endokrin akan bertambah dan proses kimia yang berlaku akan menyebabkan kita berasa tertekan dan letih semasa belajar. 

Antara tips2 amalan gaya hidup sihat ialah 
1.bersukan dan beriadah kerana ini dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan, tambahan lagi, boleh melancarkan pemprosesan darah dan dapat mengeluarkan peluh kerana peluh mampu mengeluarkan garam yg berlebihan dalam badan. 

2.pemakanan yg seimbang dapat memastikan tubuh badan mendapat khasiat dan vitamin yg mencukupi. 

3.sentiasa membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya 1 kali 

Tiada ulasan: